Fantasi CINTA, dibumi realiti
Cinta itu banyak tafsirannya,
Cinta juga banyak konspirasi,
Dalam atau luar hati itu yang dikatakan cinta?
Cinta bagaikan jawapan yang mengejar soalan yang belum pasti dapat memintasnya,
Cinta adalah ilusi dalam keadaan realiti,
Namun kenapa harus kita menolak ia pergi?
Cinta datang dan cinta pergi,
Cinta adalah kamu bila dicintai,
Cinta adalah dia bila disanjungi,
Cinta itu kehidupan manusia yang waras,
Dengan cinta kita tidak akan terbabas,
Dari segala ranjau yang akan memusnahkan kita,
Iaitu benci...
p/s: tidak boleh melelapkan mata, walaupun pagi ini ada MUET... ARGGHHHH!!!
No comments:
Post a Comment